BAB Hingga Tahun 2016 Sunber: The World

BAB 1

PENDAHULUAN

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

1.1       Pengenalan

Inflasi adalah masalah utama yang
dihadapi oleh kebanyakan negara. Hal ini adalah kerana inflasi akan
mempengaruhi ekonomi sesebuah negara dan seterusnya menjejaskan pertumbuhan
ekonomi dalam sesebuah negara. Menurut Zou, Gong, dan Zeng (2011), inflasi
merupakan faktor utama yang menyebabkan ketidakstabilan dalam keadaan sosial
dan ekonomi di sesebuah negara. Inflasi juga dilihat sebagai pembolehubah
ekonomi yang paling diperhatikan dan diuji secara teoritis dan empirik (Farid,
Khan, & Warriach, 2012).

Malaysia merupakan sebuah
negara yang sedang membangun dan masih berusaha untuk mengatasi masalah inflasi
yang tidak stabil dari masa ke semasa. Walaupun kadar inflasi di Malaysia kekal
rendah selama 50 tahun namum, ia masih menghadapi empat episod inflasi yang
tinggi, iaitu pada pertengahan 1970an, awal 1980an, 1990an dan akhir 2000an
(Bank Negara Malaysia, 2010). Kadar inflasi di Malaysia pada tahun 1960 hingga
tahun 2016 telah ditunjukkan di Rajah 1.1.

Rajah 1.1: Kadar Inflasi Di Malaysia Pada Tahun 1960 Hingga
Tahun 2016

Sunber: The World Bank (2017)

Oleh kerana Rajah 1.1
hanya menunjukkan kadar inflasi di Malaysia pada tahun 1960 hingga tahun 2016
dan ia tidak merangkumi kadar inflasi pada tahun 2017. Dengan itu, kadar
inflasi di Malaysia pada bulan Januari hingga bulan September 2017 telah
ditunjukkan di Jadual 1.1.

Jadual 1.1: Kadar Inflasi Di Malaysia Pada Bulan
Januari Hingga Bulan September 2017

Bulan

Kadar
Inflasi (%)

Januari

3.2

Februari

4.5

Mac

5.1

April

4.4

Mei

3.9

Jun

3.6

Julai

3.2

Ogos

3.7

September

4.3

Sumber: Trading Economics
(2017)             

Jadual 1.1 telah
menunjukkan pada bulan Mac 2017, kadar inflasi Malaysia mencapai tahap
tertinggi iaitu sebanyak 5.1 peratus. Inflasi ialah peningkatan dalam tingkat
harga umum bagi keseluruhan barangan dan perkhidmatan secara berterusan. Kadar
inflasi di Malaysia dari tahun ke setahun diukur menggunakan Indeks Harga Pengguna
(IHP) seperti formula berikut:

 

IHP adalah jumlah Ringgit
Malaysia (RM) yang dibelanjakan dalam tahun semasa untuk sekumpulan barangan di
pasaran dibahagikan dengan jumlah RM yang dibelanjakan untuk sekumpulan
barangan di pasaran pada tahun asas. Rajah 1.2 menunjukkan IHP di Malaysia pada
bulan Januari 2010 hingga bulan September 2017.

Rajah 1.2: Indeks Harga Pengguna: Nombor Indeks
Keseluruhan Dan Kumpulan Utama Terpilih Pada Bulan Januari 2010 Hingga Bulan
September 2017

Sumber: Mohd Uzir Mahidin (2017)

Rajah 1.2 menunjukkan IHP
di Malaysia, manakala Jadual 1.2 menyatakan perbandingan IHP bagi kumpulan
utama di Malaysia antara bulan September 2016 dengan bulan September 2017.

Jadual 1.2: Indeks Harga Pengguna Bagi Kumpulan Utama,
Malaysia (2010=100)

 

 

Indeks

Perubahan
Tahunan (%)

Kumpulan Utama

Wt

September 2017

September
2017/September 2016

Jumlah

100.0

120.3

4.3

Makanan dan
minuman bukan alkohol

30.2

130.1

4.6

Minuman
alkohol dan tembakau

2.9

165.5

0.1

Pakaian dan
kasut

3.3

98.1

-0.3

Air, elektrik,
gas dan bahan api lain

23.8

117.3

2.4

Perabot,
kelengkapan rumah dan penyelenggaraan yang rutin

3.8

115.2

2.8

Kesihatan

1.7

121.5

2.5

Pengangkutan

13.7

11.8

15.8

Komunikasi

5.2

97.7

-0.3

Perkhidmatan
rekreasi dan budaya

4.9

111.5

0.4

Pendidikan

1.1

116.8

1.6

Restoran dan
hotel

2.9

129.0

2.6

Pelbagai
barangan dan perkhidmatan

6.5

114.4

1.1

Barangan bukan
makanan

69.8

116.1

4.2

Sumber:
Mohd Uzir Mahidin (2017)

Jadual 1.2 menunjukkan
kebanyakan barangan menghadapi peningkatan dalam tingkat harga pada bulan
September 2017 berbanding dengan bulan September 2016 kecuali barangan pakaian
dan kasut serta komunikasi. Peningkatan dalam tingkat harga umum menyebabkan
inflasi juga meningkat. Selain itu, harga barangan umum meningkat menyebabkan
setiap unit mata wang yang kita belanja mendapat balik kuantiti barangan yang
lebih kurang berbanding dengan sebelum harga meningkat. Dalam kata lain,
inflasi mengurangkan kuasa beli pengguna dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Hal ini adalah benar kerana Fischer (1993) telah membuat suatu kesimpulan
bahawa inflasi adalah tidak baik untuk pertumbuhan ekonomi pada jangka masa
panjang.

Selain itu, Barro (1996)
juga menyatakan bahawa kestabilan harga barangan dan perkhidmatan adalah antara
suatu faktor yang penting bagi pertumbuhan ekonomi. Jika kadar inflasi
meningkat, kos bagi semua komoditi juga meningkat dan akan menjejaskan taraf
hidup masyarakat. Inflasi juga ditunjukkan sebagai kejatuhan dalam nilai
sebenar wang yang mengurangkan kuasa beli pengguna. Inflasi telah menyebabkan
isi rumah sangat sukar untuk mendapat barangan keperluan asas mereka kerana
kuasa beli mereka telah menurun.

Inflasi menyebabkan kos
sara hidup masyarakat meningkat. Hal ini adalah kerana peningkatan dalam harga
barangan dan perkhidmatan menyebabkan kadar inflasi meningkat dan seterusnya
kos sara hidup masyarakat meningkat. Oleh itu, inflasi secara langsung atau
tidak telah menyebabkan kos sara hidup masyarakat meningkat. Kos sara hidup
adalah kos yang terpaksa ditanggung oleh seseorang individu untuk memenuhi
keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Perubahan dalam
tingkat harga umum serta gaji dan upah adalah antara faktor yang dapat
mempengaruhi kos sara hidup masyarakat.

Kos sara hidup di
Malaysia berada di tempat yang ke 77 daripada jumlah 110 negara di seluruh
dunia. Merujuk kepada kategori bandar didapati daripada jumlah 343 bandar di
seluruh dunia, kos sara hidup di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang adalah berada di
tempat yang ke 262 dan 303 masing-masing. Di peringkat Asia, kos sara hidup di
Kuala Lumpur dan Pulau Pinang adalah berada di tempat yang ke 9 dan 16
masing-masing daripada jumlah 36 bandar (Expatistan, 2017). Jadual 1.3 telah
menunjukkan indeks kos sara hidup di Malaysia.

Jadual 1.3: Indeks Kos Sara Hidup Di Malaysia Pada
Tahun 2017

Bandar

Indeks
Kos Sara Hidup

Indeks
Sewa

Indeks
Kos Sara Hidup + Indeks Sewa

Indeks
Bahan Makanan

Indeks
Harga Restoran

Indeks
Kuasa Beli Tempatan

Pulau Pinang

48.01

9.63

29.45

56.90

24.94

57.86

Johor Bahru

47.32

11.23

29.86

59.31

22.38

37.01

Petaling Jaya

47.05

12.04

30.12

56.24

21.27

54.02

Kuala Lumpur

45.39

17.05

31.68

47.74

27.15

67.75

Kota Kinabalu

44.97

9.50

27.81

53.24

22.44

31.93

Selangor

43.88

10.85

27.90

49.02

20.57

74.89

Sumber: Numbeo (2017)

Tahap inflasi yang tinggi menyebabkan
ketidakstabilan dalam ekonomi kerana wang yang dipegang tidak mengekalkan
nilainya pada jangka masa yang panjang. Hal ini menyebabkan masyarakat perlu
mempunyai sumber kewangan yang lebih banyak untuk menampung kos sara hidup yang
tinggi kerana harga barangan dan perkhidmatan telah meningkat. Kos sara hidup
yang semakin meningkat telah memberi kesan yang signifikan ke atas taraf hidup masyarakat.  Dengan itu, isu inflasi adalah suatu isu yang
penting dan perlu memberi perhatian.

 

 

1.2       Pernyataan Masalah

Sejak kebelakangan ini, topik inflasi
telah menjadi suatu isu yang diberi perhatian dan dibincangkan di kalangan
masyarakat dengan serius. Senario ini berlaku mungkin ada kaitan dengan
kenaikan harga runcit minyak. Pernyataan ini adalah berdasarkan kajian yang
dijalankan oleh Mackillop pada tahun 1983. Menurut Mackillop (1983), kenaikan
harga runcit minyak telah menyebabkan berlakunya inflasi dalam negara. Ia
secara langsung atau tidak telah menyebabkan kebanyakan harga barangan keluaran
kilang dan perkhidmatan menjadi lebih mahal secara relatif berbanding
sebelumnya. Kenaikan harga barangan ini telah memberi impak terhadap
perbelanjaan masyarakat. Kehidupan masyarakat menjadi semakin tertekan kesan
daripada kos sara hidup yang semakin meningkat, gelagat masyarakat juga turut
telah berubah.

            Menurut
kajian yang dijalankan oleh Lim, Lim, Ong, dan Schoepp (2014), pelaksanaan Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah meningkatkan harga barangan dan membebankan
masyarakat yang berpendapatan rendah. Pelaksanaan GST memberi beban yang paling
tinggi kepada masyarakat yang berpendapatan pertengahan bawah dan bukan untuk
golongan yang berpendapatan sangat rendah atau berpendapatan sangat tinggi. Hal
ini kerana corak perbelanjaan masyarakat miskin adalah tertumpu kepada barangan
asas atau makanan dan kebanyakan barangan ini tidak tertakluk kepada GST. Walau
bagaimanapun, pelaksanaan GST telah memberi kesan dalam jangka masa panjang
apabila ia menyebabkan harga barangan meningkat dan kuasa beli masyarakat
menurun.

Menurut Siregar Reza dan
Rajaguru Gulasekaran (2005), Thailand, Indonesia dan Korea Selatan telah
menghadapi masalah kadar inflasi yang tinggi dari tahun 1985 hingga tahun 2001.
Inflasi yang tinggi ini disebabkan oleh dasar monetari yang dijalankan oleh kerajaan
dan kadar pertukaran yang tidak stabil pada tempoh tersebut. Kadar pertukaran
yang tidak stabil ini, telah memberi tekanan kepada inflasi dan menyebabkan
kadar inflasi meningkat.

Berdasrkan perbincangan
di atas, bolehlah dirumuskan bahawa kenaikan harga runcit minyak, pelaksanaan
GST dan ketidakstabilan kadar pertukaran telah menyebabkan harga barangan dan
perkhidmatan meningkat dari masa ke semasa. Walaupun pihak kerajaan telah
melakukan banyak usaha seperti melaksanakan kawalan harga ke atas sesetengah
barangan keperluan asas, memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kad Debit
Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) dan sebagainya bagi memastikan rakyat kurang
dibebani oleh kos sara hidup, namun masih dapat sesetengah pihak yang merasakan
bahawa sumber kewangan mereka tidak dapat menampung perbelanjaan mereka.

Cooper dan Madigan (2005)
mengatakan bahawa pengguna didapati tidak dapat bertahan dengan kos
perbelanjaan yang semakin meningkat dan terpaksa mula berjimat cermat. Selain
itu, pemerhatian yang dijalankan oleh mereka juga mendapati keluarga yang
berpendapatan rendah mengalami impak yang lebih besar berbanding keluaga yang
lebih kaya. Keluarga yang berpendapatan rendah dikatakan terpaksa mengurangkan
perbelanjaan harian mereka kerana kos sara hidup yang semakin meningkat.

Inflasi memberi impak
kepada golongan yang berpendapatan rendah termasuklah golangan pelajar. Kesan
terhadap mereka dijangka signifikan memandangkan golongan pelajar adalah
golongan yang tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan perlu bergantung
kepada bantuan kewangan atau biaya daripada ibu bapa mereka.

Menurut kajian yang
dijalankan oleh Sinar Online (2014, Februari 1), pelajar Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) telah mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi masalah kenaikan
kos sara hidup. Berdasarkan menemuramah pelajar secara bersemuka yang dijalankan
mendapati pelajar IPT tidak boleh hanya bergantung kepada wang pinjaman pendidikan
sahaja dan mereka perlu bekerja sambilan untuk menampung perbelanjaan mereka.
Selain itu, mereka juga perlu berjimat cermat dalam perbelanjaan mereka dan
mengubah corak perbelanjaan mereka untuk menangani masalah inflasi.

Maklumat di atas
menerangkan inflasi adalah suatu isu yang penting dan perlu diberi perhatian
oleh semua pihak kerana ia akan mempengaruhi keadaan ekonomi di sesebuah
negara. Oleh itu kajian berhubung dengan persepsi terhadap inflasi di kalangan
pelajar IPT sangat signifikan untuk dijalankan. Pertama, memandangkan mereka
tiada sumber pendapatan tetap dan hanya bergantung kepada pembiayaan daripada
pihak tertentu, kesan inflasi dijangka akan menjejaskan kehidupan mereka dengan
lebih serius. Ini akan menganggu polisi negara untuk melahirkan pekerja yang
berpengetahuan atau modal insan yang cemerlang. Kedua, setakat ini hanya ada
satu kajian yang bertajuk Perception of
Public University Student towards the Rising Cost of Living in Malaysia
yang dijakankan di Malaysia. Implikasi, kurang maklumat dalam membentuk polisi
atau mengenalpasti langkah-langkah yang sesuai untuk membantu pelajar IPT. 

Oleh itu, adalah menarik untuk
menjalakan suatu kajian yang berkaitan dengan persepsi pelajar IPT terhadap
masalah inflasi dan mengenalpasti gelagat mereka dalam menangani masalah
inflasi. Hal ini kerana adalah penting untuk mengetahui apakah yang difikirkan
oleh pelajar IPT berhubungan dengan isu inflasi.

 

 

 

1.3       Objektif Kajian

Objektif umum kajian ini adalah untuk
melihat persepsi dan faktor yang mempengaruhi gelagat pelajar terhadap inflasi.
Kajian ini dilakukan ke atas pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok,
Kedah.

Manakala, objektif khusus kajian ini
adalah untuk:

       
i.           
Mengukur persepsi pelajar terhadap
inflasi.

      ii.           
Mengenalpasti gelagat pelajar dalam
menangani masalah inflasi.

    iii.           
Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi
gelagat pelajar dalam menangani masalah inflasi.

 

1.4       Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif di atas, kajian ini dijalankan
untuk menjawab persoalan kajian berikut:

       
i.           
Adakah pelajar berasa inflasi telah
berlaku?

      ii.           
Apakah gelagat pelajar dalam menangani
masalah inflasi?

    iii.           
Apakah faktor yang mempengaruhi gelagat
pelajar dalam menangani masalah inflasi?

 

1.5       Signifikan Kajian

Secara
umumnya, kajian yang berkaitan dengan persepsi pelajar terhadap inflasi adalah
terhad. Dengan itu, adalah penting untuk memperbanyakkan kajian yang
berhubungan dengan persepsi pelajar terhadap inflasi supaya maklumat yang diperoleh
dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh golongan pelajar dan mencadangkan
tindakan yang sesuai untuk membantu mereka.

Secara khususnya, kajian ini yang bertajuk mengukur
persepsi dan mengenalpasti faktor yang
mempengaruhi gelagat pelajar terhadap
inflasi adalak signifikan kepada pihak tertentu. Hasil kajian dan maklumat yang diperoleh adalah penting
sebagai bahan rujukan serta menjadi garis panduan kepada pelajar IPT, ibu bapa
pelajar IPT, pihak universiti dan pihak kerajaan.

Pertama, kajian ini boleh memberi panduan kepada
pelajar IPT supaya mereka dapat mengetahui pandangan mereka terhadap inflasi
dan faktor yang mempengaruhi gelagat mereka dalam
menangani masalah inflasi.
Selain itu, kajian ini dapat membantu pelajar IPT meningkatkan tahap
pengetahuan dan kefahaman terhadap topik inflasi. Melalui kajian ini, pelajar
akan mengetahui gelagat mereka dalam menangani masalah
inflasi dan lebih peka dalam
pengurusan kewangan mereka ketika inflasi.

Kedua, kajian ini juga penting kepada
ibu bapa pelajar IPT untuk melihat persepsi anak mereka terhadap inflasi dan gelagat anak mereka dalam menangani masalah inflasi. Di samping itu,
kajian ini boleh memberi maklumat kepada ibu bapa pelajar IPT tentang faktor
yang mempengaruhi gelagat anak mereka dalam menangani masalah inflasi. Dengan
itu, ibu bapa pelajar IPT dapat membantu anak mereka semasa anak mereka
menghadapi tekanan kewangan.

Ketiga, kajian yang dijalankan ini dapat memberi
motivasi kepada pihak UUM supaya mereka boleh memperbaiki perkhidmatan dari
pelbagai aspek mengikut keperluan dan keutamaan pelajar. Dapatan kajian ini
dapat membantu pihak universiti mengetahui adakah perbezaan antara pelajar yang
mempunyai ilmu pengetahuan ekonomi dengan yang tidak dalam gelagat mereka dalam
menangani masalah inflasi.
Hal ini dapat membantu pihak universiti menambahbaikan atau mengubahsuaikan
program pengajian yang ditawarkan supaya pelajar dapat menggunkan ilmu
pengetahuan ekonomi dalam keadaan sebenar. Selain itu, dapatan kajian ini boleh
membantu pihak universiti mengetahui keadaan kewangan pelajar. Dengan itu, pihak
universiti boleh merancangkan tindakan yang sesuai untuk membantu pelajar yang menghadapi
masalah kewangan.

Akhirnya,
dapatan dan maklumat yang dikumpulkan dalam kajian ini adalah penting sebagai
bahan rujukan kepada pihak kerajaan. Ini kerana dapatan kajian dapat menyumbang
kepada pihak kerajaan dalam membentuk polisi untuk membantu pelajar yang
menghadapi tekanan kewangan. Tambahan pula, dapatan kajian ini juga dapat
membantu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk mengetahui keadaan
kewangan dan corak perbelanjaan pelajar supaya dapat mencadangkan tindakan yang
sesuai bagai membantu pelajar yang menghadapi masalah kewangan.

 

1.6       Hipotesis Kajian

Menurut
Vogt (1999), hipotesis didefinisikan sebagai jawapan tentatif untuk soalan
kajian atau pernyataan daripada hubungan antara pembolehubah yang dikaji.
Hipotesis juga bermakna pernyataan berkaitan satu atau lebih pembolehubah yang
belum diuji (Jupp, 2006). Secara umumnya, hipotesis adalah andaian yang dibuat
tentang nilai parameter dan pernyataan tentang nilai bagi parameter populasi
yang dibina untuk tujuan pengujian (Fauzi Hussin, Jamal Ali, & Mohd Saifoul Zamzuri Noor,
2012).

Berdasarkan objektif ketiga dalam
kajian ini, hipotesis kajian dapat dibina seperti berikut:

Hn1:      Tidak terdapat perbezaan yang signifikan
antara jantina dengan gelagat pelajar dalam menangani masalah inflasi.

Ha1:      Terdapat perbezaan yang signifikan antara
jantina dengan gelagat pelajar dalam menangani masalah inflasi.

Hn2:      Tidak terdapat perbezaan yang signifikan
antara pendapatan dengan gelagat pelajar dalam menangani masalah inflasi.

Ha2:      Terdapat perbezaan yang signifikan antara
pendapatan dengan gelagat pelajar dalam menangani masalah inflasi.

Hn3:      Tidak terdapat perbezaan yang signifikan
antara pendapatan keluarga dengan gelagat pelajar dalam menangani masalah
inflasi.

Ha3:      Terdapat perbezaan yang signifikan antara
pendapatan keluarga dengan gelagat pelajar dalam menangani masalah inflasi.

Hn4:      Tidak terdapat perbezaan yang signifikan
antara program yang diambil dengan gelagat pelajar dalam menangani masalah
inflasi.

Ha4:      Terdapat perbezaan yang signifikan antara
program yang diambil dengan gelagat pelajar dalam menangani masalah inflasi.

Hn5:      Tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara persepsi dengan gelagat pelajar dalam menangani masalah inflasi.

Ha5:      Terdapat hubungan yang signifikan antara
persepsi dengan gelagat pelajar dalam menangani masalah inflasi.

 

 

1.7       Pembahagian Bab

Kajian ini mengandungi lima bab, iaitu Bab satu hingga
Bab lima. Bab satu merupakan pendahuluan. Ia membincangkan pengenalan,
pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, signifikan kajian, hipotesis kajian dan pembahagian bab.
Selain itu, ia juga menerangkan secara ringkas kajian yang akan dijalankan. Bab
dua merupakan ulasan karya. Ia mengandungi definisi konsep, teori inflasi,
sorotan kajian lepas yang berkaitan dengan objektif kajian ini dan kerangka konseptual.
Bab tiga merupakan kaedah kajian. Ia menerangkan reka bentuk kajian, lokasi
kajian, populasi dan persampelan kajian, kaedah pengumpulan data, instrumen
kajian, kajian rintis dan kaedah analisis data. Bab empat merupakan analisis
data dan dapatan kajian. Ia menunjukkan hasil analisis data berdasarkan data
yang diperoleh daripada responden melalui borang soal selidik untuk mencapai
objektif kajian ini. Bab lima merupakan perbincangan, rumusan dan cadangan. Ia
membincangkan ringkasan kajian, batasan kajian dan implikasi dasar.

 

1.8       Kesimpulan

Bab satu ini
merupakan pendahuluan mengenai kajian laporan yang hendak dikaji oleh pengkaji.
Pengenalan, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, signifikan
kajian, hipotesis kajian dan pembahagian bab telah dibincangkan dalam bab ini.
Bab yang seterusnya iaitu Bab dua akan membincangkan ulasan karya. Beberapa
definsi konsep, teori inflasi, sorotan kajian lepas dan
kerangka konseptual akan
dibincang dalam Bab dua.